Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rabies: satu kes jangkitan terbaru direkodkan di Sarawak


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





KUCHING, 30 Mei (BERNAMA) -- Sarawak merekodkan satu lagi kes rabies dalam kalangan manusia yang melibatkan seorang lelaki berusia 26 tahun, menjadikan kes jangkitan rabies 17 kes termasuk 16 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Wad Penyakit Berjangkit, Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Sabtu lepas, mangsa mula mengalami lemah badan dan sukar bernafas. Hasil pemeriksaan lanjut, mangsa mengalami kekeliruan, hydrophobia, kesukaran menelan dan otot anggota tubuh badan menjadi lemah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata mangsa mempunyai sejarah dicakar oleh anjing peliharaan namun tidak mendapatkan sebarang rawatan.

“Pada pertengahan Mac lalu, anjing peliharaannya itu mati setelah menunjukkan gejala hypersalivation, unsteady gait dan hydrophobia.

“Bangkai anjing telah dibuang ke dalam belukar dan tiada sebarang laporan dibuat ke JabatanPerkhidmatan Veteriner Sarawak,” katanya.

KKM ingin menegaskan orang ramai supaya tidak mengambil anjing yang tidak diketahui status vaksinasi untuk dipelihara memandangkan Sarawak belum bebas daripada risiko jangkitan rabies.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Peniaga ingkar arahan penggunaan produk biodegradasi dikompaun

 
     

PRK Kimanis: Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat - Anwar

 
     

BN kekalkan kerusi Kimanis

 
     

Dr Mahathir mahu Bersatu Kedah kukuhkan parti - Mukhriz

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel