Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Persiapan akhir warga Kuching sambut Gawai Raya meriah


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





KUCHING, 30 Mei (Bernama) -- Menjelang dua hari sebelum tibanya sambutan Gawai Dayak pada 1 Jun dan Aidilfitri yang dijangka pada 5 Jun, masyarakat di Bandaraya Kuching dilihat tidak melepaskan peluang untuk melakukan persiapan terakhir bagi memenuhi keperluan masing-masing.

Tinjauan Bernama di beberapa tempat di sekitar Kuching mendapati masyarakat berbilang kaum dan agama itu mula membanjiri bazar dan pasar untuk membeli baju, kuih-muih dan keperluan lain untuk menyambut kedatangan hari yang tunggu-tunggu iaitu sambutan Gawai Raya.

Bagi Martina Benedict, 54, berketurunan Dayak (Bidayuh) sambutan Gawai kali ini akan disambut secara sederhana di samping keluarga tercinta dan akan pulang ke kampung di Bau Singai di sini.

“Tetapi kebiasaannya di kampung nanti, dua atau tiga hari sebelum menyambut perayaan Gawai, memang akan ada upacara menolak bala, upacara menghormati nenek moyang dan memastikan ‘semangat’ padi sentiasa dan terus dihormati.

“Selain itu, persiapan dari segi makanan pula, kami akan menyediakan pelbagai juadah yang diperbuat daripada beras yang telah dituai seperti lemang, pogang (nasi dalam buluh) dan kuih-muih tradisional Bidayuh,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, bagi peniaga di Bazar Aidilfitri Satok, Qayyum Aiman Danial Mohd Raziq, 20, beliau amat teruja melihat kedatangan pengunjung pada kali ini yang disifatkannya lebih ramai berbanding tahun lalu.

“Sambutan bazar tahun ini sangat menggalakkan kerana saya rasa mungkin sambutan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri yang tidak jauh jaraknya,” katanya.

Selain itu, seorang lagi peniaga, Amizan Amaran, 22, juga berkongsi pendapat yang sama dengan berkata cuti umum antara sambutan Gawai dan Hari Raya mendorong orang ramai untuk membeli-belah saat-saat akhir di bazar itu.

“Hari ini (semalam) orang sudah mula cuti dan dijangka malam esok (hari ini) akan lebih ramai pengunjung datang ke sini dan waktu kami beroperasi juga akan dipanjangkan sehingga pukul 2 pagi,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel