Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri pandang serius manipulasi sebut harga -Exco


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





SEREMBAN, 30 Mei (Bernama) — Kerajaan Negeri memandang serius manipulasi untuk mengenakan bayaran terhadap sebut harga yang diminta oleh peniaga kecil daripada pembekal-pembekal, bagi permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata mulai hari ini, kesemua permohonan untuk pembelian barangan keperluan perniagaan tidak lagi diperlukan sebut harga dari pembekal.

“Kerajaan Negeri telah dimaklumkan oleh ramai pemohon bahawa untuk penyediaan sebut harga untuk pembelian barangan keperluan perniagaan, pembekal-pembekal telah mengenakan bayaran sebanyak RM50 hingga RM100 untuk satu sebut harga.

“Jadi adalah memadai dengan menyatakan anggaran kos barangan tersebut. Bagaimanapun, usahawan-usahawan kecil yang berjaya perlu mengepilkan resit rasmi pembelian barang setelah permohonan mereka diluluskan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Kerajaan Negeri Sembilan melalui Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada Disember 2018 telah memutuskan untuk menyediakan geran berjumlah RM3 juta untuk usahawan kecil di Negeri Sembilan dengan penubuhan sebuah Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan.

 Pejabat Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) telah diamanahkan untuk memproses permohonan Tabung Pembangunan Usahawan NegeriSembilan.

Pihaknya menyasarkan sejumlah 1,000 permohonan dengan setiap pemohon akan memperoleh geran berjumlah RM3,000 di mana RM2,000 adalah peruntukan pembelian barangan keperluan perniagaan manakala RM1,000 adalah untuk dana modal pusingan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel