Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Sabah terus jejaki individu dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





KOTA KINABALU, 30 Mei (Bernama) -- Operasi untuk menjejaki dan mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas khususnya di Sabah sentiasa dipergiatkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah mengakui dalam beberapa tangkapan sebelum ini turut melibatkan individu yang berada di Sabah.

"Saya hanya boleh nyatakan "yes" dan kontinjen kita sentiasa aktif untuk menjalankan operasi bagi mengesan dan menangkap mereka yang terlibat dengan aktiviti keganasan," katanya kepada pemberita sempena ops selamat ke-15 di Taman Awam Teluk Likas, di sini hari ini.

Omar berkata operasi itu dijalankan tanpa mengira waktu meskipun pada sambutan musim perayaan.

Mengenai ops keselamatan sempena musim perayaan ini, beliau berkata pemeriksaan terhadap pemilik syarikat pengangkutan terutama ke kawasan Pantai Timur Sabah juga akan dijalankan bagi memastikan pemandu bas berkenaan tidak terlibat dengan pengambilan dadah atau minuman memabukkan.

Beliau turut menasihatkan kepada orang ramai yang melanggan surat khabar supaya menghentikan sementara waktu penghantaran bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel