Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aktivis OKU dakwa diabaikan


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





PUTRAJAYA, 30 Mei (Bernama) -- Komuniti orang kurang upaya (OKU) hari ini menghantar memorandum kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) memohon kerajaan segera menyelesaikan isu yang membelenggu golongan itu.

Presiden Independent Living and Training Centre (ILTC) Malaysia, G Francis Siva, dan kira-kira 20 aktivis OKU berkumpul di perkarangan KPWKM di sini bagi menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri ,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta timbalannya, Hannah Yeoh.

Francis berkata pihaknya telah membangkitkan beberapa isu berulang kali namun sehingga hari ini tiada penyelesaian dan ia amat mengecewakan golongan OKU yang berasa terpinggir.

Antara perkara yang memerlukan perhatian kerajaan adalah kajian semula dan kemaskini dasar untuk OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),  menguatkuatkuasakan Konvensyen Mengenai Hak OKU serta memastikan kemudahan infrastruktur disediakan tanpa harus diperjuangkan atau diadukan setiap kali, katanya.

"Komuiti OKU bukan satu kumpulan yang hanya dilihat dengan kaca mata kebajikan sahaja tetapi ia harus dilihat sebagai masyarakat yang memerlukan hak mereka terjaga," katanya.

Sementara itu, Yeoh, dalam laman sosial beliau membidas dakwaan komuniti aktivis OKU yang mengatakan kerajaan mengabaikan golongan tersebut.

Katanya, kerajaan telah mengadakan pertemuan dengan beberapa komuniti OKU sejak beliau dilantik menjaga portfolio KPWKM, serta Jabatan Pembangunan OKU bekerja keras untuk melibatkan OKU pertubuhan bukan kerajaan dalam menyelesaikan masalah mereka.

"Kita sentiasa mendengar dan membantu sebaik mungkin. Terdapat lebih kurang setengah juta golongan OKU di Malaysia, tidak mungkin dalam setahun kita boleh menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh pelbagai kategori OKU," katanya.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel