Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tempat letak kereta bertingkat akan dibina di Terminal Bas Seksyen 17


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





SHAH ALAM, 30 Mei (Bernama) -- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membina kemudahan tempat letak kereta bertingkat bersebelahan Terminal Bas Seksyen 17 di sini bagi keselesaan penggunanya.

Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan berkata pembinaan bangunan berkenaan yang mempunyai sebanyak 300 tempat letak kereta sudah mendapat kelulusan daripada MBSA dan kini dalam proses melantik kontraktor.

"Kawasan tempat letak kereta bertingkat ini akan dibina kira-kira 10 meter dari terminal bas ini dan akan dilengkapi dengan kira-kira 30 gerai.

"Kami jangka pembinaan tempat letak kereta bertingkat ini akan disiapkan dalam masa dua tahun," katanya kepada pemberita ketika mengiringi lawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han ke terminal berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rungutan pengguna terminal berkenaan berhubung kemudahan tempat letak kereta yang tidak mencukupi.

Sementara itu Ng berkata beliau berpuas hati dengan operasi terminal berkenaan yang jauh lebih moden dan selesa berbanding terminal sementara di Seksyen 13.

Terminal itu yang mula dibukan pada 1 Mei lepas beroperasi 24 jam setiap hari dan mempunyai ruang menunggu yang selesa, surau, tandas, gerai dan tempat mengambil dan menurunkan penumpang.

Terminal berkenaan memberi fokus kepada perkhidmatan bas ekspres untuk destinasi ke utara, selatan dan pantai timur, selain itu terminal berkenaan juga diintegrasi dengan perkhidmatan bas Smart Selangor dan teksi.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel