Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rendang, lontong tempatan pengubat rindu kampung halaman


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Juadah rendang dan lontong tempatan menjadi pengubat rindu kampung halaman jauh di bumi Acheh, Indonesia buat Hanim Abdul Manaf, 35.

Ibu kepada lima orang anak itu berkata,  jika tiba sahaja lebaran juadah rendang khususnya sudah cukup membuatkan beliau sebak mengingati kampung halaman.

Hanim yang telah mendirikan rumah tangga dengan warganegara Malaysia dari Pahang itu berkata tiba sahaja lebaran, rendang antara juadah yang wajib ia sudah diibarat seperti sudah beraya di Acheh.

"Sudah 18 tahun saya di Malaysia dan Alhamdulillah walaupun jauh dari kampung halaman, saya aman di sini. Perasaan rindu di kampung itu usah dicakap, rindu yang amat.

Sekarang ini, dah lapan tahun saya tidak pulang beraya ke Banda Aceh, kerana tidak berkemampuan tapi insya-Allah hujung tahun ini akan kami sekeluarga pulang ke sana," katanya pada Bernama pada Program Berbuka Puasa Ramadan di Perantauan Bersama Pekerja Asing di Malaysia anjuran Fomema di sini, hari ini.

Program berbuka puasa yang julung kali diadakan itu telah berjaya mengumpul puluhan warga asing khusus mereka yang bekerja dalam sektor 3D (sukar, kotor dan berbahaya) di Malaysia.

Rakyat Rohingya Mohd Rofik Abdul Hisyam, 28, beliau amat merindui kampung halaman di Arakan apabila tiba bulan Ramadan.

Perasaan membuak-buak muncul apabila masakan Rohingya yang telah siap agak sukar dicari di Malaysia dan mereka harus memasak sendiri.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana masih bernafas hari ini walaupun pergolakan berlaku di negara itu dan masih hidup aman di Malaysia.

"Sudah tentu saya suka masakan ayam, daging, dan ikan macam Rohingya punya cara. Tapi masakan Malaysia juga sedap.

Di sini saya boleh dapat macam-macam makanan orang Melayu, India dan lain-lain dengan begitu mudah," katanya yang sudah memasuki tahun ketujuh di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Fomema Tengku Shaheera Tengku Abdullah berkata program berbuka puasa yang julung kali diadakan mereka adalah untuk meraikan pekerja asing yang bekerja dan tinggal di sekitar Ampang dan Lembah Klang.

Insya-Allah program tersebut akan diteruskan pada masa hadapan dengan jumlah tetamu berbuka hadir lebih ramai berbanding tahun ini, katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel