Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Keningau nasihat pengguna waspada di empat kawasan sering berlaku kemalangan


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





KENINGAU, 31 Mei (Bernama) -- Polis Keningau menasihati pengguna supaya berhati-hati di empat kawasan hitam dikenal pasti sering berlaku kemalangan ketika pulang menyambut Aidilfitri di daerah berkenaan, kata Ketua Polisnya, DSP Shahrudin Mat Husain.

Empat lokasi sangat merbahaya untuk pengguna jalan raya itu ialah di sepanjang lapan kilometer di Jalan Tambunan-Keningau; Jalan Keningau-Sook (sepanjang 14 kilometer) dan di kilometer empat hingga 10 Jalan Keningau-Kimanis.

“Saya meminta kepada semua pemandu supaya lebih berhati-hati ketika melalui lokasi itu,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Op Selamat Hari Raya serta program memasak dan pengagihan bubur lambuk anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau dengan kerjasama Jabatan Penerangan Keningau, di sini.

Op Selamat di Keningau bermula Rabu lepas dan berakhir pada 12 Jun ini.

Shahrudin berkata setiap pemandu perlu menerapkan pemanduan berhemah ketika pulang bercuti kerana ia sangat penting dalam memastikan keselamatan mereka sepanjang perjalanan selain tidak memandu ketika di bawah pengaruh alkohol.

Beliau berkata statistik kemalangan direkodkan pada Op Selamat sepanjang Hari Raya pada tahun lepas menunjukkan 27 kes melibatkan satu kes kemalangan maut.

Dalam pada itu, Shahrudin berkata, 333 kes kemalangan direkodkan di daerah itu sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, iaitu menurun 11 kes berbanding 344 kes dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Penurunan kes itu sekali gus menunjukkan ada kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel