Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perpaduan rakyat Sarawak tunjang kestabilan negeri


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





KUCHING, 31 Mei (Bernama) -- Perpaduan rakyat Sarawak adalah kekuatan utama yang menjadi tunjang kestabilan dan keamanan di negeri ini, kata Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Beliau menyeru kepada semua pihak untuk terus memelihara perpaduan dan keamanan, yang turut merupakan asas kukuh kepada pembangunan dan kemajuan sosioekonomi Sarawak.

“Kita bersyukur,  Sarawak terus aman dan damai. Keharmonian yang kita nikmati pada hari ini  adalah hasil sikap toleransi dan hubungan erat di kalangan rakyat kita yang terdiri daripada pelbagai suku kaum, budaya dan agama,” katanya dalam perutusan bersempena perayaan Gawai Dayak esok.

Beliau berkata perayaan Gawai Dayak, seperti juga perayaan lain di Malaysia, mengambil penting usaha untuk membawa perasaan perpaduan dan harmoni untuk rakyat.

Ini lebih bermakna apabila kehidupan  rakyat  Sarawak terutamanya masyarakat Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit dan Lun Bawang yang meraikan perayaan tersebut telah banyak berubah dan kini dapat merebut  banyak peluang yang muncul di negeri ini, sekali gus meningkatkan taraf kehidupan serta gaya hidup  mereka, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel