Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mendukung pertanian moden berteknologi tinggi sebagai sumber kemewahan baru - Uggah


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





KUCHING, 31 Mei (Bernama) -- Komuniti Dayak di Sarawak, terutama generasi muda, perlu mendukung pertanian moden berteknologi tinggi, yang menjadi aliran dan sumber baru kekayaan, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, berkata kementeriannya akan memberi sokongan penuh dari segi penganjuran kursus dan latihan yang berkenaan, alat penanaman, bantuan awal, subsidi dan rangkaian pemasaran yang menjadi matlamat negeri ini menjadi pengeksport bersih produk makanan menjelang 2030.

“Kepada petani lain, saya ingin menggalakkan mereka menceburi dalam kepelbagaian tanaman bagi mempunyai pilihan sumber pendapatan apabila harga komoditi tradisi seperti lada, minyak sawit dan getah jatuh mendadak dalam pasaran…Ibarat tidak meletakkan semua telor anda dalam sebuah bakul adalah yang terbaik dalam situasi ini,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Gawai Dayak, yang akan diraikan esok.

Mengenai pesta berkenaan, beliau berkata sudah tiba masanya bagi komuniti Dayak bergembira dalam mengukuhkan hubungan kekeluargaan, menyumbang kepada keharmonian rakyat dan masa untuk berterima kasih.

“Seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina atau Krismas, minggu atau hari sebelum Gawai, keturunan Dayak akan melakukan perjalanan “Pulai ke Menoa” atau “Balik Kampung”.

"Ini akan membolehkan generasi muda dilengkapi ilmu dan kebudayaan dan tradisi mereka dari akar umbi…rumah panjang. Ini amat penting untuk mereka menghargai, mengamalkan dan memelihara identiti budaya dan warisan mereka,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Masing berkata, Gawai Dayak perlu digunakan sebagai pesta kebudayaan yang patut diraikan oleh semua rakyat Malaysia.

“Marilah kita jadikan Gawai Dayak ikatan yang membendung, merapat dan mencantumkan semua komuniti Dayak sebagai satu,” kata Masing, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan dalam perutusan Gawai Dayak.

Beliau berkata, rakyat Malaysia adalah dialu-alu menyertai komuniti Dayak, dalam sambutan itu, yang bagaimanapun tidak patut dijadikan sebagai aktiviti politik dan gimik untuk memisahkan lagi orang Dayak.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel