Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemakaian baju tradisi selain musim perayaan beri peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





KOTA KINABALU, 31 Mei (Bernama) -- Pemakaian baju tradisi selain pada musim perayaan dilihat mampu memberi manfaat khususnya peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bahan-bahan untuk menghasilkan baju tradisi itu tidak diimport dari luar negara sebaliknya daripada bahan tempatan.

"Saya galakkan (memakai baju tradisi)…seumpama kita memakai baju batik, kenapa tidak pakai ini (baju tradisi). Kalau kita memakai pakaian budaya kita, orang akan membeli baju ini dan yang membuat (baju) bukan dari luar, ia dibuat dari tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penutupan perayaan Pesta Kaamatan negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA) Penampang di sini, hari ini. Turut hadir Huguan Siou merangkap Presiden KDCA Tan Sri Pairin Kitingan, menteri-menteri Persekutuan dan kabinet negeri.

Mohd Shafie berkata, pemakaian baju itu juga mampu menyatukan semua rakyat di negeri ini selain dapat memanfaatkan kekayaan warisan rakyat.

"Peralatan perayaan ini banyak kita hasilkan iaitu daripada tanjak, pakaian dan tali pinggangnya yang boleh dijual. Ia boleh dimajukan kalau kita galakkan mereka membeli dan memakainya, saya yakin ramai akan dapat manfaat," katanya.

Pesta Kaamatan yang dilancarkan pada 1 Mei lepas berakhir hari ini dengan acara kemuncaknya pertandingan melibatkan 64 peserta merebut gelaran Ratu Unduk Ngadau untuk edisi tahun ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel