F-V-0XLxnVg Jambatan angkat dibuka 7.00 pagi Ahad ini - Ahmad Samsuri
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jambatan angkat dibuka 7.00 pagi Ahad ini - Ahmad Samsuri


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





KUALA TERENGGANU, 31 Mei (Bernama) -- Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ akan dibuka kepada orang awam pada pukul 7.00 pagi Ahad ini sehingga 17 Jun.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembukaan jambatan itu adalah untuk pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem 'signalling' jalan di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitarnya, dan koordinasi sistem penyuraian trafik.

“Ujian dijalankan pada tarikh ini adalah kerana ia waktu puncak yang akan memberi gambaran sebenar penyuraian trafik apabila projek ini siap sepenuhnya sekaligus memberi keselesaan sempena musim perayaan Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan dalam laman Facebook rasminya.

Semua jenis kenderaan beroda dibenar menggunakan jambatan itu namun kenderaan tidak dibenar berhenti di jambatan itu.

Pengguna juga tidak dibenarkan bersiar-siar atau berjalan kaki di atas jambatan angkat kerana secara teknikal ia masih dianggap sebagai kawasan pembinaan, katanya.

Ahmad Samsuri berkata Polis Diraja Malaysia dan syarikat operator pengurusan jambatan itu akan memastikan aliran trafik berjalan lancar dan keselamatan pemandu sentiasa terjaga dalam tempoh pengujian ini.

“Saya meminta supaya pengguna dapat mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya.

Setelah tamat pengujian sistem pada 17 Jun, jambatan angkat akan ditutup semula kepada laluan trafik bagi pentauliahan komponen lain projek itu dan tarikh pembukaan rasminya akan dimaklumkan setelah semua kerja dan pentauliahan komponen projek selesai.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel