Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wakil Karambunai, Francisca dinobat Ratu Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2019


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





PENAMPANG, 31 Mei (Bernama) -- Penyertaan kali kedua dalam pertandingan Unduk Ngadau pada tahun ini telah  membawa tuah kepada Francisca Ester Nain apabila dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA), hari ini.

Gadis berusia 25 tahun yang berasal dari Kampung Melangkap, Kadamaian Kota Belud itu berkata kali pertama penyertaannya ialah pada 2017 namun hanya berjaya berada dalam 15 peserta akhir.

Katanya pada tahun ini beliau mewakili Bahagian Karambunai sebelum berjaya menewaskan tujuh peserta akhir seterusnya berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM100,000.

"Saya cuba untuk kali kedua dan belajar dari kekurangan dalam pertandingan lalu. Tetapi itu tidak bermakna saya hebat, saya masih belajar lagi dan mungkin ini sudah rezeki," kata anak keenam daripada lapan orang adik beradik itu.

Hadiah disampaikan oleh isteri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Datin Seri Dr Jaina Sintian. 

Kefasihan Francisca menjawab soalan pada sesi soal jawab menggunakan bahasa Dusun Tindal Kota Belud menarik perhatian para juri untuk memilih beliau seterusnya memenangi acara kemuncak Pesta Kaamatan pada edisi kali ini.

"Saya berharap dengan kemenangan ini akan dapat menarik belia khususnya generasi baharu untuk lebih menghargai kebudayaan Kadazandusun Murut untuk menggunakan bahasa ibunda sendiri," katanya yang bercadang meneruskan pengajian dalam bidang bahasa Kadazandusun Murut.

Sementara tempat kedua Unduk Ngadau dimenangi Annette Rabecca Januin mewakili Bahagian Pantai Manis, Papar dan membawa pulang hadiah bernilai RM70,000

Manakala tempat ketiga disandang oleh Leticia Casianus Bansin dari Bahagian Penampang yang membawa pulang hadiah bernilai RM50,000.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel