Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perak tumpu usaha bina semula pembangunan negeri


Tarikh kemaskini: 05/06/2019





IPOH, 5 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak kini menumpukan sepenuh tenaga dan iltizam untuk membela nasib rakyat dengan meneruskan agenda pembangunan, bagi memenuhi harapan membina semula negeri serta mengembalikan kegemilangan tanah tercinta.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pihaknya tidak hanya memberi tumpuan kepada angka-angka pertumbuhan ekonomi dan pelaburan semata-mata. 

Sebaliknya, beliau berkata dalam membina semula negeri, pihaknya memberi tumpuan untuk mengimbanginya dengan peningkatan Indeks Kebahagiaan, dalam kalangan rakyat. 

"Bagi menzahirkan impian ini, usaha-usaha telah digerakkan untuk mewujudkan hasil-hasil baharu kerajaan negeri, dan mengimbangkan kelestarian alam sekitar serta kebergantungan kepada sumber tradisional seperti pembalakan, pelombangan ataupun aktiviti kuari," katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

Majlis diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim pada kira-kira pukul 4 petang. 

Namun Ahmad Faizal berkata matlamat untuk mempelbagaikan sumber kekayaan negeri dan menarik pelaburan tidak akan tercapai, jika tiadanya kestabilan politik.

"Tatkala kita meraikan perbezaan pandangan politik selari dengan amalan politik matang, batasan-batasan wajib dijaga, supaya ia tidak menjadi elemen yang memecah-belahkan ummah," katanya. 

Terdahulu, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kerajaan negeri Perak yang bermula dari pukul 2.30 petang hingga kira-kira 6.30 petang berlangsung dalam suasana yang meriah dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel