Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seorang rentung, empat sesak nafas bot mewah terbakar di Langkawi


Tarikh kemaskini: 06/06/2019





ALOR SETAR, 6 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki warga Indonesia rentung manakala empat yang lain mengalami sesak nafas selepas sebuah bot mewah yang berada di kawasan pembaikan bot di Bukit Malut, Langkawi terbakar, semalam. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Balai Bomba Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.56 pagi semalam, dan bergegas ke tempat kejadian.

"Ketika kejadian empat lelaki dan seorang wanita Indonesia yang merupakan pekerja sedang berada di dalam bot mewah dua tingkat berkenaan. Apabila sampai di tempat kejadian, api sedang marak dan ia berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.25 pagi.

"Empat mangsa yang mengalami sesak nafas telah dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk rawatan lanjut dan operasi mencari seorang lagi mangsa yang hilang telah dijalankan (sehingga hari ini)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bomba terpaksa menggunakan mesin pengorek bagi membantu mencari mangsa berikutan terdapat banyak timbunan barang di dalam bot berkenaan dan Unit K9 (Unit Anjing Pengesan) telah dibawa ke lokasi.

"Mangsa yang rentung ditemui pada 7.12 malam tadi oleh Unit K9 dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan dan mayat dibawa ke hospital yang sama. Operasi selesai sepenuhnya pukul 8.16 malam," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel