Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gembira berpada-pada jangan sampai cedera main mercun, pesan Menteri Pendidikan


Tarikh kemaskini: 07/06/2019





JITRA, 7 Jun (Bernama) -- Semua pelajar dinasihatkan berpada-pada dalam bergembira menyambut kedatangan Aidilfitri supaya tidak mencederakan diri sendiri kerana bermain mercun.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang melahirkan rasa sedih dengan beberapa kejadian pelajar cedera terkena mercun itu sepanjang Ramadan lepas berkata kejadian seumpama itu boleh menjejaskan kehidupan pelajar terbabit.

“...kepada adik-adik sekalian janganlah sampai hilang tangan, hilang jari kerana mercun,” katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Pendidikan di Padang Sera dekat sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa kes membabitkan pelajar cedera akibat mercun hingga hilang anggota badan dengan antaranya melibatkan pelajar tingkatan satu Mohammad Iqbal Anuri yang empat jari tangan kirinya hancur terkena mercun buatan sendiri di Kampung Sokor, Kok Lanas, Kelantan pada 18 Mei lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel