Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bayi setahun maut kemalangan di Gerik


Tarikh kemaskini: 07/06/2019




GERIK, 7 Jun (Bernama) -- Seorang bayi perempuan berusia setahun maut, manakala tiga anggota keluarganya parah selepas kenderaan dinaiki terlibat kemalangan jalan raya di Kilometer 54 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata kemalangan kira-kira pukul 10 malam itu membabitkan kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza dan sebuah Perodua Myvi. 

Beliau berkata bayi yang maut dikenali sebagai Syifaa Thahirah Omar Shaferee, 12 bulan, manakala yang parah ibunya, Sarkhiyah Manshor, 37,  kakak Syaza Thoyyibah, 11, dan abangnya Ammar Syazwan, 9, sementara ayahnya pemandu Alza,  Omar Shaferee Mamat tidak mengalami sebarang kecederaan. 

"Pemandu Myvi, Haslina Mohd Nawi @ Yusoff, 32 hanya mengalami cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Katanya semasa kemalangan, kereta yang dipandu oleh Haslina dalam perjalanan dari arah Jeli ke Gerik manakala lima sekeluarga  yang menaiki Alza dalam perjalanan dari arah bertentangan.

“Hasil siasatan awal mendapati ketika sampai di tempat kejadian pemandu Haslina dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu memasuki ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Alza dari arah bertentangan, " katanya sambil menambah  semasa kejadian keadaan jalan basah akibat hujan renyai-renyai. 

Semua yang cedera dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan dan  kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. 

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel