Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 30,000 pengunjung hadir rumah terbuka Menteri Besar Kedah


Tarikh kemaskini: 08/06/2019





ALOR SETAR, 8 Jun (Bernama) -- Lebih 30,000 orang menghadiri majlis rumah terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri anjuran Menteri Besar dan isteri di Dewan Seri Mentaloon di sini, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria menyambut kedatangan pengunjung yang mula membanjiri perkarangan kediaman rasmi itu sejak pukul 11 pagi.

Turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy dan beberapa barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Pengunjung yang datang dari Kedah dan negeri lain turut disajikan dengan pelbagai hidangan antaranya sate, nasi briyani, apom lenggang serta kuih muih yang disediakan di gerai makanan di dalam dan luar dewan. 

Mukhriz ketika berucap berkata, dia gembira dengan kehadiran pengunjung yang begitu ramai yang datang dari jauh dan dekat pada majlis itu kerana ia dilihat dapat terus menunjukkan semangat perpaduan rakyat di negeri ini.

"Ramai yang datang tidak kira agama, kaum, tua dan muda dan ini dapat membuktikan semangat perpaduan kaum di negeri ini masih kuat. Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan akan terus melakukan yang terbaik buat rakyat Kedah dan kesemuanya sekali.

"Jadi, kami mohon supaya rakyat terus memberi sokongan, dokongan dan kerjasama dalam menjayakan apa juga dasar dan strategi yang akan dilaksanakan pada masa hadapan," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel