Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Scientex beli tanah luaskan pembangunan harta tanah ke Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 10/06/2019





KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Scientex Bhd membeli enam bidang tanah pegangan bebas yang berukuran 7.83 juta kaki persegi di Pulau Pinang untuk meluaskan simpanan tanahnya bagi aktiviti pembangunan hartanah ke wilayah utara dari selatan Semenanjung Malaysia

Unitnya, Scientex (Skudai) Sdn Bhd, memeterai perjanjian membeli tanah di Seberang Perai Utara daripada Palma Indah Sdn Bhd dengan harga RM109.59 juta hari ini.

Pengembangan simpanan tanah itu adalah sejajar dengan visi kumpulan itu untuk membina 50,000 rumah berkualiti berharga mampu milik di seluruh negara menjelang 2028, kata Scientex dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat tersebut yang juga merupakan pengeluar pembungkusan, berkata cadangan pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi dana dalaman, pinjaman bank dan penerbitan sukuk murabahah.

Perjanjian itu dijangka selesai dalam separuh pertama tahun depan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel