Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bateri kereta petugas Bernama dicuri


Tarikh kemaskini: 10/06/2019





KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Seorang petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerima nasib malang, apabila bateri kenderaannya hilang dipercayai dicuri di Jalan Bernama di sini, petang tadi.

Pegawai berita, R. Ratcharathan, 29, berkata, dia hanya menyedari kehilangan bateri kereta jenis Proton Saga miliknya itu, apabila ingin menghidupkan kenderaannya untuk pulang ke rumah setelah selesai bertugas kira-kira 5 petang ini.

“Saya letakkan kenderaan saya di parkir Jalan Bernama, bersebelahan Perpustakaan Negara Malaysia.

“Mulanya saya ingatkan bateri kereta saya rosak, namun apabila membuka bonet di ruangan enjin, saya dapati bateri kereta saya telah hilang.

“Terus saya batalkan panggilan untuk trak penunda dan memanggil mekanik untuk membeli dan memasang bateri baharu,” katanya.

Ratcharathan turut terkilan kerana bateri yang hilang itu baru sahaja digantinya minggu lepas, setelah kehabisan kuasa.

Jelasnya, dia memperuntukkan lebih RM200 untuk membeli bateri minggu lepas, dan terpaksa mengeluarkan jumlah yang sama untuk membeli bateri baharu.

Ratcharathan berkata selain beliau, dua lagi mangsa termasuk seorang wanita yang dikatakan mempunyai urusan di Bernama, dipercayai turut kehilangan bateri akibat dicuri petang tadi.

“Ketiga-tiga kereta ini daripada jenis sama, Proton Saga. Saya ada bertanya kepada mekanik tentang kejadian ini.

“Mekanik itu mengatakan pencuri terbabit merupakan seorang yang pakar, dengan menyeluk lengannya ke bahagian tayar hadapan untuk mematikan penggera, seterusnya membuka bonet untuk mengambil bateri kereta,” katanya

Tambah Ratcharathan, biarpun sedih, dia tidak berhasrat memanjangkan perkara tersebut di samping tidak akan membuat laporan polis.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel