Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aliran trafik terkini pembinaan MRT SSP


Tarikh kemaskini: 10/06/2019





KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Penutupan penuh secara berkala di sepanjang Jalan Kuala Selangor (arah Kepong) akan dilanjutkan bermula Rabu hingga 11 Ogos ini bagi pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).

Dalam kenyataan hari ini, MMC-Gamuda berkata tempoh untuk kerja-kerja pemasangan kekotak segmen (SBG) dan sebarang kerja pembinaan MRT akan bermula dari 10.30 malam hingga 6 pagi.

"Pemandu yang ingin menuju ke arah Kepong akan dilencongkan menggunakan jejambat di sebelah kiri (ke Sierramas) sebelum kembali ke Jalan Kuala Selangor (arah Kepong) untuk meneruskan perjalanan ke Kepong," katanya.

Sementara itu, MMC-Gamuda memaklumkan penutupan lorong kanan secara berkala di susur masuk ke Lebuhraya Baru Pantai (arah utara) dari Lebuhraya MEX akan dilanjutkan dari 13 Jun hingga 6 Julai dan kerja-kerja pembinaan akan bermula dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang serta 10 malam hingga 5 pagi.

Bagaimanapun, pengguna trafik masih boleh menggunakan lorong kiri sedia ada menuju ke Lebuhraya Pantai Baru, kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, syarikat itu memaklumkan penutupan secara berkala di susur keluar menghala Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (arah utara) turut akan bermula pada 13 Jun hingga 6 Julai dengan kerja pembinaan bermula dari 10 malam hingga 5 pagi.

Selain itu, MMC-Gamuda memaklumkan penutupan jalan secara berperingkat di Jalan Putra Permai, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Persiaran Alpinia dilanjutkan dari Rabu hingga 12 Julai bagi kerja-kerja pelancaran kekotak segmen (SBG) dan tempoh bagi kerja-kerja bermula pada 11 malam hingga 5 pagi dan melibatkan tiga peringkat.

Semasa penutupan lorong sepanjang 200 meter dari Jalan Putra Permai susur kiri ke Putrajaya, satu lorong akan disediakan untuk pengguna manakala semasa penutupan lorong kiri di Lebuhraya LDP (arah Putrajaya), lorong tengah dan kanan akan disediakan.

"Bagi peringkat kedua, semasa penutupan jalan dari Jalan Putra Permai susur kiri ke Putrajaya, satu lorong akan disediakan untuk pengguna manakala semasa penutupan lorong kiri dan tengah di lebuh raya LDP (arah Putrajaya), lorong kanan akan disediakan," katanya.

Bagi peringkat ketiga, semasa penutupan dari Jalan Putra Permai susur kiri ke Putrajaya, satu lorong akan disediakan manakala semasa penutupan lorong tengah dan kanan di lebuh raya LDP (arah Putrajaya), lorong tengah dan kiri masih dibuka untuk pengguna yang menghala ke arah Puchong.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel