Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nelayan ditahan bantu siasatan tular puja tokong di Tanjung Piandang


Tarikh kemaskini: 10/06/2019





BAGAN SERAI, 10 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang nelayan bagi membantu siasatan kes pemujaan Tokong Dato Kong di Taman Piandang Indah, Tanjung Piandang di sini, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata lelaki berumur 43 tahun itu, ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini, setelah dia datang untuk menyerah diri pukul 5 petang tadi.

"Tiada rampasan dibuat, kerana pakaian yang dipakai lelaki itu seperti mana dalam video yang tular, telah dialihkan atau dibuang oleh individu tidak dikenali. Polis akan mendapatkan perintah reman daripada Mahkamah Parit Buntar esok,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Pada 7 Jun lalu, tular rakaman video sepanjang 15 saat menunjukkan seorang lelaki memakai kain pelikat dan berkopiah, melakukan pemujaan di sebuah tokong kecil di kawasan perumahan di Tanjung Piandang di sini.

Berikutan itu, Omar Bakhtiar berkata Anggota Jawatankuasa Masjid Tanjung Piandang telah membuat satu laporan polis, di Balai Polis Tanjung Piandang pada hari yang sama.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain, katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel