Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dera kanak-kanak dengan sudu panas, penjual ikan ditahan


Tarikh kemaskini: 11/06/2019





KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang penjual ikan di Bandar Kinrara 5, Puchong pada kira-kira 10 malam tadi bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan berlaku 30 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata pihaknya juga telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Pinggiran Putra, Seri Kembangan dan menjumpai dua sudu sepanjang  kira-kira 30 cm dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Suspek berusia 49 tahun itu mengaku mendera mangsa dan pagi ini permohonan reman dibuat di Mahkamah Petaling Jaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu masih mendapat rawatan di Hospital Serdang susulan insiden itu yang dilapor melibatkan penggunaan sudu panas.

“Seorang lagi anak suspek yang berusia sembilan tahun yang berada dalam jagaan ibu suspek, akan dihantar untuk membuat pemeriksaan di hospital," kata Ismadi.

Selasa lepas, ibu angkat mangsa dilaporkan membuat laporan polis memaklumkan mangsa didera bapa angkatnya dipercayai berpunca daripada tuduhan mencuri.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel