Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Program Silang Budaya Malaysia Jepun di Kompleks JKKN N. Sembilan Jumaat ini


Tarikh kemaskini: 11/06/2019




SEREMBAN, 11 Jun (Bernama) -- Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan akan mengadakan program Silang Budaya Malaysia Jepun bersama Samurai Japan Tatedo Association (Osaka Jepun) di Auditorium Raja Melewar,  Kompleks JKKN Negeri Sembilan di sini pada Jumaat ini.

Pengarah JKKN Negeri Sembilan Mohd Radzi Omar berkata program yang diadakan mulai 8 malam itu adalah dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Warisan Tanah Beradat Negeri Sembilan, Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

"Program ini akan menggabungkan pelbagai bentuk kesenian antara dua negara, Malaysia dan Jepun yang melibatkan persembahan Mak Yong, persilatan Melayu, tarian dan muzik Negeri Sembilan serta Dikir Barat manakala dari Kumpulan Osaka Jepun pula akan mempersembahkan kaligrafi, muzik dan seni mempertahankan diri yang terkenal di negara matahari terbit itu.

"Persembahan kesenian dan kebudayaan dari negara Jepun ini adalah julung kali diadakan di negara ini, khususnya di Negeri Sembilan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berharap melalui program silang budaya ini, masyarakat di Negeri Sembilan akan dapat mengenali seni budaya masyarakat Jepun dengan lebih dekat.

"Selain itu, program ini juga akan memberi ruang dan peluang kepada kita memperkenalkan dan mempromosikan seni budaya dan juga keunikan Malaysia, khususnya Negeri Sembilan dan sekali gus mampu menarik pelancong untuk mengunjungi ke negeri beradat ini," katanya.

Mohd Radzi berkata program itu adalah terbuka dan percuma dan tetamu kehormat yang akan hadir ke program ini ialah Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz.

Mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini boleh menghubungi pihak urus setia di talian 06-7636308.

Para penggiat dan pencinta seni budaya bolehlah mengunjungi laman sosial JKKN Negeri Sembilan untuk mendapat  info aktiviti seni budaya dengan 'like' page Facebook, follow Instagram serta Twitter JKKN Negeri Sembilan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel