Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Masyarakat disaran beralih kepada pengangkutan awam - pakar


Tarikh kemaskini: 11/06/2019




KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Op Selamat yang diadakan pada setiap musim perayaan dianggap berjaya mencapai matlamat untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya daripada terus meningkat namun pengguna disaran beralih kepada pengangkutan awam yang lebih selamat.

Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Kulanthayan K.C. Mani berkata pada masa sama pengguna jalan raya perlu bekerjasama memastikan angka kematian dikurangkan ke tahap paling rendah.

Beliau berkata pengguna boleh beralih kepada pengangkutan awam sebagai kaedah paling selamat untuk melakukan perjalanan jauh selain mengawal kelajuan kenderaan jika menggunakan kenderaan persendirian.

“Pertama jika mereka dapat berpindah kepada pengangkutan awam adalah lebih baik. Pengangkutan awam memang cukup selamat berbanding pengangkutan persendirian. Kedua, bagi mereka yang menggunakan kereta, kelajuan kenderaan perlu dikurangkan, katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel di sini malam tadi.

Katanya, apabila kelajuan kenderaan dikurangkan, peluang untuk mengawal kenderaan lebih baik lantas kemalangan boleh dikurangkan dan sekiranya ia tetap berlaku, kecederaan dan kadar kematian dapat dikurangkan. 

Kulanthayan berkata walaupun pelbagai inisiatif dilaksanakan, pengangkutan awam masih kaedah pengangkutan yang lebih selamat berbanding kenderaan persendirian.

Katanya, menurut statistik, kemalangan membabitkan kenderaan  persendirian masih berada pada kedudukan tertinggi.

“Kadar kemalangan maut yang  paling tinggi melibatkan  motosikal  diikuti dengan kereta.  Dua kumpulan ini saja sudah mencapai lebih daripada 80% angka kematian. Jadi penunggang motosikal yang paling berisiko tinggi.

Jika dua kumpulan ini dapat  kita pindahkan  sedikit kepada pengangkutan awam, saya rasa kita dapat menangani isu ini,” tambahnya. 

Op Selamat 15 diadakan dalam tempoh 12 hari sempena musim perayaan Aidilfitri sejak ia dilancarkan pada 29 Mei lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel