Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PGA tahan lelaki Myanmar, rampas 13 peluru hidup di sempadan


Tarikh kemaskini: 11/06/2019





ALOR SETAR, 11 Jun (Bernama) -- Sepasukan anggota Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki Myanmar kerana memiliki 13 butir peluru hidup jenis 12 bore di sebuah kawasan kebun getah berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, pada malam Ahad lepas.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA  Supt Khalid Saion berkata  lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada 8.40 malam oleh anggota berkenaan yang terserempak dengannya dalam keadaan mencurigakan.

Katanya  sebaik ditahan, pasukan yang membuat pemeriksaan mendapati lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Kita menjalankan pemeriksaan lanjut dan menemui 13 butir peluru hidup jenis 12 bore tanpa jenama di dalam beg sandang miliknya menyebabkan dia ditahan untuk siasatan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Khalid berkata  siasatan awal mendapati lelaki yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu itu dipercayai sedang menunggu kumpulan lain di dalam kebun getah itu untuk menyusup masuk negara ini.

“Kita juga masih menjalankan siasatan dari pelbagai sudut termasuklah tujuan peluru itu dibawa dan tujuan apa ia digunakan,“ katanya.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.

Khalid berkata  ini antara kejayaan pasukannya selepas mengambil tugas menjalankan kawalan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand menerusi Op Wawasan Kedah/Perlis sejak 1 Jun lepas.

“Kita turut bertanggungjawab membuat kawalan keselamatan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Padang Besar dan Wang Kelian di Perlis serta Kota Putra di Padang Terap,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel