Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Radiant Globaltech mahu perkukuh portfolio luar negara


Tarikh kemaskini: 11/06/2019




PETALING JAYA, 11 Jun (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi runcit, Radiant Globaltech Bhd merancang mengukuhkan portfolio luar negaranya dengan berkembang lagi ke rantau Asia Tenggara.

Pengarah Urusannya Paul Yap Ban Foo berkata syarikat itu akan menggunakan hasil RM10.6 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO) tahun lepas untuk mengembangkan sayapnya ke Indonesia, Myanmar dan Thailand tahun depan.

“Pada masa ini kami mempunyai operasi di Kemboja dan Vietnam,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu, di sini, hari ini. 

Ketika ini portfolio luar negara syarikat itu menyumbang kira-kira 10 peratus daripada hasilnya manakala bakinya adalah daripada operasi domestik. 

"Dengan pengambilalihan Adaptive POS Sdn Bhd dan Infoconnect Commerce Sdn Bhd oleh kami baru-baru ini, kami berjaya memperoleh tempat jualan (POS) bagi Jollibean Foods Pte Ltd. 

"Kami juga melancarkan sepenuhnya peralatan POS menyeluruh dan aplikasi berasaskan awan, serta perkhidmatan runcit mudah alih ke semua 26 cawangan di Singapura," katanya. 

Mengenai laporan suku tahunan pertamanya susulan penyenaraian di Pasaran ACE, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM569,000 dengan jumlah hasil RM13.82 juta. 

Yap berkata beliau yakin syarikat itu akan mencatatkan prestasi yang lebih baik dalam suku akan datang kerana semuanya kini telah selesai termasuk pengambilalihan utama. 

Ketika ini, syarikat itu menyediakan perkhidmatan kepada antara lainnya 99 Speedmart, Watsons, Guardian, Cold Storage, Parkson dan Aeon Big.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel