Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Melaka mohon peruntukan baiki tiga pintu kawalan air babitkan RM10 juta


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





MELAKA, 12 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri memohon peruntukan daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bagi melaksanakan pembaikan tiga pintu kawalan air baraj muara Sungai Melaka di sini yang menelan kos sekitar RM10 juta, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata pembaikan segera tiga pintu baraj berkenaan penting bagi memastikan air hujan dapat disalurkan ke laut dengan lancar bagi mengelak Banjir kilat khususnya di kawasan bandar.

"Kita berharap peruntukan itu dapat diluluskan agar pembaikan tiga pintu kawalan air baraj muara Sungai Melaka dapat dilakukan secepat mungkin dan kita juga akan teruskan pembinaan rumah pam fasa kedua Sungai Melaka yang dijangka berfungsi sepenuhnya selewat-lewatnya Ogos.

"Kita juga berharap masalah banjir kilat di Melaka khususnya di kawasan bandar dapat diatasi daripada berulang terutama apabila hujan lebah dalam tempoh yang lama," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Pintu Kawalan Air Baraj Muara Sungai Melaka di sini, hari ini.

Beliau mengadakan lawatan berkenaan susulan insiden banjir kilat di beberapa kawasan utama di sekitar bandar awal pagi tadi akibat hujan lebat bermula jam 10.30 malam tadi hingga 2 pagi ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang juga Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Low Chee Leong dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka Azlan Abidin.

 Adly berkata sistem yang diguna pakai bagi mengendalikan pintu kawalan air di baraj berkenaan juga perlu dikaji semula kerana ia dilihat kurang efektif berbanding penggunaan kaedah konvensional sebelum ini. 

Mengulas mengenai insiden banjir di kawasan bandar awal pagi tadi, beliau berkata kawasan terjejas iantaranya Taman Melaka Baru Fasa 2, Taman Limbongan, Taman Merdeka, Taman Malim, Taman Bachang, Kampung Enam, Lorong Pandan, Taman Jati, Kampung Pulau Kelapa serta Taman Bukit Beruang Utama.

Beliau berkata jumlah mangsa yang terlibat ialah 68 oranga daripada 19 keluarga.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel