Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keikhlasan bersihkan bandar tanpa harap imbuhan, dapat perhatian


Tarikh kemaskini: 12/06/2019





TAIPING, 12 Jun (Bernama) -- Berkat kesungguhannya membersihkan beberapa  kawasan sekitar bandar ini tanpa mengharapkan sebarang bayaran, hari ini keikhlasan Hussin Kassim itu mendapat perhatian Syarikat DRB-Hicom Berhad. 

Hussin, 55, yang tinggal di Jalan Tupai di sini dan hanya bekerja kampung diberikan sebuah motosikal jenis Modenas Kris MR2 berharga lebih RM4,000 oleh DRB-Hicom Berhad sebagai tanda prihatin dengan apa yang dilakukannya.

Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Mahmood Abdul Razak berkata usaha Hussin itu sesuatu yang mulia kerana dilakukan tanpa mengharapkan imbuhan. 

"Kami tergerak hati untuk membantunya dan kerana itu kami memberikan sebuah motosikal untuk membolehkan Hussin bergerak," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Motosikal Modenas Kris MR2 di Jalan Tupai di sini hari ini. Majlis disempurnakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Borhan Abdul Halim. 

Kisah murni Hussin yang melakukan kerja sukarela itu tular di media sosial mula mendapat perhatian masyarakat termasuk DRB-Hicom Berhad.

Mahmood berkata pihaknya juga sedia membantu menggerakkan sukarelawan sahabat DRB-Hicom untuk membantu MPT membersihkan kawasan bandar ini.

Sementara itu, Hussin berkata dia melakukan kerja membersihkan beberapa kawasan di bandar ini secara sukarela sejak tiga tahun lalu.

Hussin yang tinggal bersama ibunya, Aishah Cheku, 76, di sebuah rumah ihsan seorang individu tanpa bayaran berkata dia akan melakukan kerja itu sehingga akhir hayat.

"Saya juga berterima kasih kepada orang yang memberikan bantuan termasuk zakat bagi meringankan beban saya yang tidak mempunyai kerja tetap selain kerja kampung dengan mengambil upah memanjat kelapa dan mencari ulam-ulaman," katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Video Lucah: Beri ruang dan waktu untuk polis siasat -- KPN

 
     

Sultan Selangor rasmi pembukaan besar-besaran Central I-City

 
     

Elak minum susu kambing segar dari sebuah ladang di Pulau Indah

 
     

14 syarikat penuhi kriteria eksport buah Musang King ke China

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel