Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peguam wanita nyaris dirakam gambar dalam tandas


Tarikh kemaskini: 13/06/2019





SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tindakan seorang lelaki yang cuba merakam gambar seorang peguam wanita yang berada di tandas sebuah stesen minyak Batu 3 di sini terbantut, apabila wanita itu menjerit dan menyemburkan air kepada suspek dalam satu kejadian pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian kira-kira 11.15 malam, mangsa yang berusia 34 tahun itu dikatakan masuk ke tandas wanita di stesen minyak tersebut seorang diri, sebelum diekori lelaki berkenaan.

"Difahamkan suspek yang bersendirian itu memegang telefon bimbit, dan cuba merakam gambar mangsa menerusi pintu tandas tersebut.

"Menyedari perkara itu, mangsa menjerit lalu menyemburkan air kepada suspek, menyebabkan suspek keluar dari tandas terbabit dan melarikan diri," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihaknya kini sedang mengenal pasti identiti lelaki terbabit menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan untuk siasatan kes.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.

Sehubungan itu, Baharudin turut menasihatkan golongan wanita supaya lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling terutama di kawasan tandas awam bagi mengelak perkara tersebut berulang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel