Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM rampas 3,030 liter minyak petrol, tahan empat PATI di Tawau


Tarikh kemaskini: 13/06/2019





TAWAU, 13 Jun (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 3,030 liter minyak petrol serta menahan empat pendatang asing tanpa izin warga Filipina dalam Op Gelora Khas di kawasan perairan Batu 4, dekat sini, malam semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kesemua rampasan serta penahanan empat lelaki berusia 17 hingga 22 tahun itu dilakukan antara 10.30 malam hingga 12 tengah malam hasil maklumat intipan Unit Risikan Marin (URM).

"Anggota yang melakukan serbuan di jambatan perkampungan atas air Batu 4 di sini menjumpai dua bot pam (tanpa pemilik) dengan setiap bot berisi 10 tong jerigen (300 liter minyak petrol) dan 38 tong jerigen (1,140 liter minyak petrol)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ketika serbuan itu dilakukan, katanya, sebuah bot pam didapati bergerak menuju ke arah laut cuba melarikan diri tetapi berjaya dipintas bot ronda PPM.

Namun, Mohamad Pajeri berkata dua lelaki dari dalam bot terjun ke laut dan salah seorang itu dipercayai juragan bot berkenaan.

"Kedua-duanya gagal dikesan ekoran keadaan gelap dan pemeriksaan di dalam bot menemukan empat lelaki tiada dokumen diri sah mengaku sebagai penumpang dan dipercayai menuju ke Filipina.

Di samping 53 tong jerigen berisi 1,590 liter minyak petrol dijumpai dalam ruangan bot itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohamad Pajeri berkata kesemua tahanan dan barang rampasan termasuk tiga bot pam dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Kawalan Bekalan 1961.

--BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel