Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri telah punyai perancangan naik taraf terminal bas - Aminuddin


Tarikh kemaskini: 13/06/2019





SEREMBAN, 13 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai perancangan untuk menaik taraf Terminal One Seremban menjadi terminal bas baharu yang lebih moden dan canggih selari dengan persiapan Daerah Seremban untuk mencapai taraf bandar raya. 

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata setakat ini ia dalam peringkat kajian serta memberi jaminan terminal bas baharu itu akan dibina di tapak sedia ada.

"Ia merupakan mercu tanda bagi.mereka yang balik kampung menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Insya-Allah, kita akan memastikan kemudahan itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Dalam perancangan kita, kita juga tidak akan memindahkan terminal ini kerana dari  segi lokasinya amat strategik dan berada dalam kedudukan yang menjadi tumpuan masyarakat di mana terdapat kemudahan lain yang berhampiran seperti komuter, kereta api dan teksi. Jadi, ia lebih memudahkan orang awam berada di terminal tersebut," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini yang mencadangkan terminal bas berkenaan dinaik taraf dengan terminal baharu yang lebih moden dan canggih seperti yang terdapat di negeri lain bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

Terdahulu, Aminuddin merasmikan majlis  penyampaian cek replika dan sijil penghargaan kepada para penaja dan agensi sempena Kindness Day : Larian Amal Cabaran Bukit Putus 2019 yang dianjurkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senawang, di sini.

Beliau turut mengharapkan penglibatan masyarakat di negeri ini dalam acara berkenaan yang akan diadakan pada 30 Jun ini. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel