Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Malaysia diberikan sebuah planet dan bintang untuk dinamakan


Tarikh kemaskini: 13/06/2019





KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pelajar sekolah berpeluang untuk menggunakan kreativiti mereka menamakan sebutir bintang dan sebuah planet, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-100 Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU).

Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, ia akan menjadi satu peluang kepada pelajar terbabit mengembangkan pengetahuan sains mereka.

“Kami berharap para pelajar di Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk mencadangkan satu nama Malaysia untuk sebuah planet yang terletak di luar sistem solar kita,” katanya di Planetarium Negara di sini hari ini.

Pertandingan itu yang dijangka berlangsung dari 1 Julai sehingga 30 Ogos itu, dianjurkan secara bersama oleh Planetarium Negara dan sebuah badan bukan kerajaan, ApaDilangit.

Dilaporkan banyak negara telahpun menganjurkan kempen peringkat kebangsaan untuk masyarakat menyumbang idea dan mengundi untuk menetapkan nama untuk di hantarkan ke projek IAU100 NameExoWorld.

 Inisiatif ini melihat Malaysia telah diberikan sebuah planet dan sebutir bintang di pusat orbitnya untuk dinamakan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel