Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Sabah perlu keluar peruntukan sendiri bina PPRT


Tarikh kemaskini: 14/06/2019





KOTA KINABALU, 14 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah telah menghantar cadangan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk mengadakan bajet sendiri di bawah kerajaan negeri bagi membina lebih banyak rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata terdapat keperluan untuk kerajaan Sabah mengeluarkan peruntukan sendiri kerana banyak lagi kawasan khususnya pedalaman memerlukan PPRT.

Katanya setakat ini pelaksanaan PPRT di Sabah terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan persekutuan dan ia tidak mencukupi.

“Pada tahun ini, hanya 445 unit bina baharu rumah PPRT dan 1,740 baik pulih yang diperuntukkan di Sabah, selepas melawat banyak kampung khususnya kawasan pedalaman, saya dapati banyak lagi keperluan untuk membina rumah PPRT.

“Oleh itu saya melihat ada keperluan untuk kita mengadakan bajet sendiri di bawah kerajaan negeri untuk melaksanakan program berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri daerah Kota Belud di sini malam tadi.

Ewon berkata pihaknya berharap Kementerian Kewangan khususnya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dapat mempertimbang cadangan berkenaan.

“Saya difahamkan respons daripada Ketua Menteri Sabah sangat positif dan akan mengadakan  perbincangan dengan pihak kementerian saya untuk memperincikan perkara berkenaan…oleh itu saya berharap ia dapat dimasukkan dalam Belanjawan Sabah 2020,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel