Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa banjir di Membakut meningkat, 94 mangsa dipindahkan


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





KOTA KINABALU, 15 Jun (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Membakut meningkat kepada 94 orang setakat 8 pagi ini berbanding 14 orang malam tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan hari ini, mereka terdiri daripada 50 dewasa, 42 kanak-kanak dan dua bayi dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Membakut.

"Jumlah mangsa banjir itu membabitkan 34 keluarga dari 11 kampung yang terjejas ekoran banjir yang berlaku sejak semalam," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata antara kampung yang terjejas banjir ialah Kampung Lumantak, Baitam, Sinoko, Bambangan, Baru, Kayai dan Lampuas.

Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel