Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ketua jurulatih Kedah harap semua pemain dapat turun aksi lawan PKNS


Tarikh kemaskini: 15/06/2019




ALOR SETAR, 15 Jun (Bernama) -- Ketua Jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak menaruh harapan semua pemainnya dapat turun beraksi pada saingan Liga Super bertemu PKNS pada Selasa ini.

Aidil berkata ia sebagai persiapan menilai keupayaan pasukan sebelum pertemuan lebih getir separuh akhir Piala FA bertemu Felda United di Stadium Darul Aman di sini pada 22 Jun depan.

"...menurunkan semua pemain utama sangat penting bagi melihat kemampuan dan persediaan pasukan sebelum pertemuan itu. InsyaAllah perlawanan seterusnya pasukan lebih bersedia bertemu PKNS di Shah Alam dan saya harap semua pemain dan dua pemain import baharu dapat beraksi dengan baik walaupun tempoh singkat mengembalikan semula kekuatan pasukan. 

" Saya juga harap Jonatan Jesus Bauman dapat kembali beraksi dan tiada pemain cedera  selepas pertemuan tersebut," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan bertemu Pahang yang berkesudahan seri 0-0 tanpa jaringan di sini malam tadi.

Mengulas perlawanan malam tadi, Aidil berkata secara keseluruhannya Kedah bermain agak baik pada 15 minit terahir perlawanan apabila banyak mencipta peluang dan melakukan serangan ke kubu Pahang.

Katanya walaupun tanpa beberapa tonggak utama, anak buahnya mampu memberi saingan yang sengit buat Pahang hasil semangat berpasukan.

"Tiada tonggak utama Itu bukan alasan kerana Pahang juga turun tanpa tiga pemain utama dan kita akan terus memperbaiki kelemahan yang ada menjelang dua perlawanan tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih pasukan Pahang Dollah Salleh berkata beliau berpuas hati dengan permainan mantap yang ditunjukkan pemainnya.

"Kita juga banyak juga cipta peluang, cuma tidak bernasib baik untuk buat jaringan itu saja," katanya.

Dollah turut memuji dua pemain import, Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi yang diturunkan semula selepas kecederaan dan bermain dengan baik,"katanya yang berharap keserasian dua pemain ini lebih menyerlah pada perlawanan akan datang.        

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel