Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Sabah hargai jasa bekas polis


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





KOTA KINABALU, 15 Jun (Bernama) — Kerajaan Sabah sentiasa menghargai segala jasa, pengorbanan, semangat dan komitmen tinggi dicurahkan bekas anggota polis dalam mempertahankan kedaulatan serta keselamatan negara dan negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie berkata kerajaan Sabah percaya bekas anggota polis khususnya di negeri ini akan terus membulatkan tekad, komitmen dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan demi pembangunan untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya.

Beliau turut menyarankan supaya lebih ramai pesara polis Sabah menyertai Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) bagi memudahkan interaksi selain dapat merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti persatuan sekali gus mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama anggota.

"Kecemerlangan sesebuah persatuan bergantung kepada sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya ahli persatuan itu sendiri.

"Saya optimis, dengan kemahiran dan pengalaman luas (bekas polis sebagai ahli persatuan), ia boleh dimanfaatkan bagi membantu kerajaan membangunkan negeri seterusnya menjayakan pelbagai dasar dan agenda pembangunan,” katanya berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PBPM Sabah di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedict.

Turut hadir Presiden PBPM Hussin Awang Ngah dan Naib Presiden PBPM Awang Kassim Awang Gemok yang juga Pengerusi PBPM Sabah.

Mohd Shafie berkata PBPM diharap mampu mencetuskan kesedaran dan penglibatan bekas polis untuk terus mengamalkan semangat berpersatuan bagi menjayakan pelbagai agenda demi kesejahteraan bekas polis secara keseluruhannya.

"Saya juga ingin berpesan kepada pengerusi negeri bersama jawatankuasa tertinggi supaya sentiasa menjaga kebajikan ahli persatuan dan keluarga mereka termasuk balu-balu bekas polis serta anak-anak yatim. Kerajaan negeri akan membantu apa-apa  diperlukan oleh persatuan ini,” katanya.

Setakat ini, PBPM Sabah mempunyai kira-kira 5,000 anggota dengan 14 cawangan berdaftar secara sah dan lima cawangan dalam penajaan.

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019

 
     

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut

 
     

Buluh, daun rumbia hasilkan replika tempua terbesar di Malaysia

 
     

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel