Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jambatan baharu merentasi Sungai Padas akan dibina


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





TENOM, 15 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi membina sebuah jambatan baharu yang bakal menghubungkan perjalanan ribuan penduduk Kemabong dengan Pekan Tenom, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.

Peter berkata projek pembinaan prasarana itu dijangka dimulakan pada tahun depan, namun, tidak memaklumkan nilai sebenar peruntukan diluluskan bagi membina jambatan berkenaan.

Beliau berkata projek jambatan baharu berkapasiti besar yang merentasi Sungai Padas itu adalah sebahagian daripada pakej pembangunan Tenom sebagai usaha memudahkan akses penduduk di kawasan terbabit untuk berurusan di pekan itu.

"Kita (Kerajaan Sabah) bertungkus lumus menyenaraikan mana-mana kemudahan infrastruktur seperti jalan raya diperlukan oleh rakyat sebagai memudahkan akses mereka daripada satu kawasan ke kawasan lain. Ini bukan sahaja di Tenom tetapi juga di seluruh negeri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Peter berkata kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan bagi membina sebanyak 250 unit rumah di Tenom, dan projek pembinaan perumahan itu akan dimulakan sebaik tapak tanah seluas kira-kira 20 hektar diperolehi.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel