Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah dijangka perkenal tanaman baharu atasi kemelut harga komoditi


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





TENOM, 15 Jun (Bernama) -- Sabah dijangka melaksanakan projek tanaman baharu tahun ini sebagai alternatif bagi mengatasi kejatuhan pasaran harga komoditi kelapa sawit dan getah, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Peter Anthony.

Beliau berkata krisis kejatuhan harga sawit dan getah yang memberi tekanan ekonomi terhadap peladang dan pekebun kecil dapat diatasi dengan penanaman tanaman baharu yang dapat memberi pulangan yang tinggi.

Bagaimanapun, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu enggan memberitahu jenis tanaman baharu itu tetapi berkata Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Junz Wong akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

“Adanya penanaman komoditi baharu ini, saya percaya masalah dihadapi pekebun kecil akan dapat diatasi," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, yang dihadiri kira-kira 8,000 orang daripada masyarakat pelbagai kaum, di sini, hari ini.

Sebagai persediaan ke arah memperkenalkan tanaman baharu itu, Peter berkata pihaknya sedang mengenal pasti tanah seluas antara 200 hingga 500 hektar di daerah ini untuk menyediakan infrastruktur penanaman komoditi baharu itu.

Selain itu, pemilik tanah pertanian yang terbiar diminta berdaftar segera dengan Pejabat Pegawai Daerah bagi tujuan pemberian subsidi dan bantuan berkaitan bagi membolehkan tanah itu dibangunkan dengan tanaman baharu tersebut, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli

 
     

Terima keputusan Kabinet lanjut lesen Lynas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel