Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa banjir di Membakut terus meningkat, 100 mangsa dipindahkan


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





KOTA KINABALU, 15 Jun (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Membakut meningkat kepada 100 orang setakat jam 4.20 petang tadi berbanding 94 mangsa pagi tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataannya, mereka terdiri 53 dewasa, 44 kanak-kanak dan tiga bayi dipindahkan di PPS Dewan Serbaguna Membakut.

"Jumlah mangsa banjir itu membabitkan 37 keluarga daripada 11 kampung yang terjejas ekoran banjir yang berlaku sejak semalam," kata kenyataan itu.

Ia berkata antara kampung yang terjejas banjir ialah Kampung Lumantak, Baitam, Sinoko, Bambangan, Baru, Kayai dan Lampuas.

Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel