Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir di Membakut semakin pulih, hanya sembilan mangsa di PPS


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





KOTA KINABALU, 15 Jun (Bernama) -- Keadaan banjir di Membakut semakin pulih hanya sembilan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 7 malam ini.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataannya, mereka terdiri empat dewasa, empat kanak-kanak dan seorang bayi dipindahkan di PPS Dewan Serbaguna Membakut.

"Jumlah mangsa banjir itu hanya membabitkan tiga keluarga dan kesemua mangsa banjir yang lain telah dibenarkan pulang berikutan keadaan banjir di kawasan masing-masing telah pulih," kata kenyataan itu.

Selain APM, pemantauan banjir turut membabitkan anggota bomba dan penyelamat, polis, Pejabat Daerah Beaufort, Pejabat Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel