Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

69 saman dikeluarkan Op Samseng jalanan di WCE


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





TELUK INTAN, 15 Jun (Bernama) -- Sebanyak 69 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan di kawasan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Hutan Melintang-Teluk Intan arah selatan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata kesalahan termasuk nombor plat tidak mengikut peraturan, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, tiada lesen kenderaan motor dan ekzos tidak mengikut peraturan.

Katanya, sebanyak 50 motosikal diperiksa sepanjang operasi yang bermula pukul 1 pagi hingga 7 pagi itu. 

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 18 motosikal ditahan kerana penunggang dipercayai cuba melarikan diri semasa operasi dijalankan.

“Dalam operasi itu, kita turut membuat pemeriksaan terhadap 34 orang penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Menurutnya, dalam operasi tersebut seorang remaja berusia 17 tahun turut ditahan selepas pemeriksaan saringan air kencing positif dadah jenis Methamphetamine.

Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang menghubungkan Hutan Melintang - Teluk Intan dibuka secara rasmi 31 Mei lalu. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel