Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Malaysia gagal kekal dalam saingan Liga Premier Asia


Tarikh kemaskini: 15/06/2019




KUALA LUMPUR,  15 Jun (Bernama) -- Malaysia gagal mengekalkan tempat dalam saingan Liga Premier  Ragbi Asia (ARC) pada musim 2020 selepas kalah tiga perlawanan pada saingan Liga Premier musim ini.

BIarpun menampilkan persembahan memberangsangkan, skuad Bunga Raya, yang menghuni ranking ke-48 dunia, tidak dapat menandingi kehebatan pasukan juara bertahan Hong Kong, apabila tewas 30-24 di Stadium Bola Sepak Hong Kong hari ini.

Bagaimanapun, pengumuman rasmi Malaysia turun ke saingan Divisyen 1 musim depan akan dilakukan oleh Kesatuan Ragbi Asia (ARFU) selepas perlawanan terakhir antara Hong Kong dan Korea Selatan pada 29 Jun ini.

Malaysia akan melengkapkan jadual Liga Premier musim ini dengan menentang Hong Kong pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 22 Jun ini.

Malaysia memulakan kempen musim ini dengan kekalahan teruk 14-52 kepada Korea Selatan (ranking ke-30 dunia) di Stadium Namdong Asiad di Incheon, Korea Selatan, pada 18 Mei lalu diikuti kekalahan 16-38 pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, dua minggu kemudian.

Malaysia layak ke Liga Premier pada 2017 selepas menjuarai Divisyen 1 dan tahun lalu menamatkan saingan di tangga tercorot dan kekal di Liga Premier musim ini berikutan perubahan format pertandingan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel