Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TPM hadiri rumah terbuka Aidilfitri MP Port Dickson


Tarikh kemaskini: 15/06/2019





PORT DICKSON, 15 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin dan perwakilan asing.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, barisan Exco kerajaan negeri dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Majlis yang diadakan di tapak bersebelahan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson yang berlangsung dari 7.45 hingga 11 malam itu, dihadiri lebih 5,000 pengunjung.

Dr Wan Azizah dan Anwar turut beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tempatan antaranya Datuk M. Nasir, Hail Amir, Uji Rashid, Ramlah Ram, Black dan Syamel.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel