KX5HdGe-qek Pengguna telefon mudah alih ragui sistem Hongmeng Huawei
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pengguna telefon mudah alih ragui sistem Hongmeng Huawei


Tarikh kemaskini: 15/06/2019




Oleh V. Sankara Subramaniam

PUTRAJAYA, 15 Jun (Bernama) -- Kira-kira 40.8 peratus daripada seramai 701 pengguna telefon mudah alih di Malaysia, China, Indonesia dan Thailand masih ragu-ragu untuk beralih kepada sistem operasi (OS) 'Hongmeng' Huawei, demikian menurut hasil tinjauan Pusat Penyelidikan Kaji Selidik UCSI yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif pusat itu, Profesor Madya Dr Noppadon Kannika berkata rata-rata responden terbabit mengakui sukar bagi mereka untuk beralih kepada OS itu yang menjadi antara usaha Huawei menggantikan sistem Android.

"Hanya 31.5 peratus responden yang sebaliknya bersetuju untuk beralih kepada OS HongMeng manakala 27.7 peratus pula masih belum membuat keputusan beralih atau tidak," katanya kepada Bernama.

Tinjauan yang dilakukan pada 1-15 Jun lepas, bertujuan mendapatkan pandangan pengguna mengenai OS HongMeng yang bakal dilancarkan.

Majoriti atau 87.7 peratus responden tinjauan itu adalah rakyat Malaysia, 4.6 peratus China manakala 7.7 peratus adalah warga Indonesia, Thailand dan lain-lain. 

Seramai 39.5 peratus mewakili generasi X, generasi Y (26.7 peratus), generasi Z (20.3 peratus) dan 13.5 peratus adalah generasi 'baby boomers' (lahir pada 1946-1964) dan lain-lain.

Huawei yang berpangkalan di Shenzhen, China, merupakan pembuat telefon pintar kedua terbesar di dunia dari segi jualan.

Perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang terus berlanjutan menyaksikan Washington bertindak menyenaraihitam Huawei dan menyebabkan syarikat itu kehilangan akses terhadap  Android dan Intel Google.

Mengulas perang dagangan itu, Noppadon berkata 50.1 peratus responden bersetuju bahawa pertikaian itu terbukti telah menjejaskan para pengguna.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli

 
     

Terima keputusan Kabinet lanjut lesen Lynas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel