Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anggota ATM 'beraksi' melampau tidak layak pakai uniform


Tarikh kemaskini: 16/06/2019





KUALA LUMPUR,  15 Jun (Bernama) -- Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi menegaskan anggota tentera tidak layak menyarung uniform pasukan sekiranya terbabit dengan perbuatan tidak bermoral.

Beliau mengulas laporan berhubung seorang lelaki yang melakukan aksi lucah dengan memakai seragam tentera yang tersebar di media sosial baru-baru ini. 

"Kami akan mengambil tindakan jika perkara itu benar dan mana-mana anggota yang melakukan aksi ini mereka tidak layak untuk memakai uniform ini. 

"Apabila dapat pengesahan, tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita pada  majlis sambutan Aidilfitri Tentera Darat di sini hari ini. 

Video berdurasi lebih empat minit dikesan dihantar dalam kumpulan WhatsApp pesara tentera sebelum laporan polis dibuat di Seberang Perai Utara. 

Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini  berkata perkara itu kini dalam siasatan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel