Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga sekeluarga ditahan kes dera dua kanak-kanak


Tarikh kemaskini: 16/06/2019





KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Tiga sekeluarga ditahan bagi membantu siasatan kes mendera dan memukul dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan berusia tujuh dan lapan tahun di sebuah rumah di Pusat Bandar Puchong, Serdang tengah hari semalam. 

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata bertindak atas laporan yang diterima, polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar gas berusia 33 tahun bersama isteri dan anak perempuannya, masing-masing berusia 30 dan 13 tahun.

"Siasatan mendapati kedua-dua mangsa tinggal bersama ketiga-tiga mereka sejak tujuh tahun lalu selepas ditinggalkan ibu bapa mereka yang sudah bercerai. 

Kedua-dua mangsa mengalami kesan dera hampir di seluruh badan selain dipercayai mengalami kurang zat badan," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang. 

Ismadi berkata pemeriksaan lanjut di rumah menemui satu cota, satu garpu perak dan satu paip getah keras yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa. 

Menurutnya permohonan reman untuk ketiga-tiga suspek akan dilakukan esok di Mahkamah Petaling Jaya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel