Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Chong serah sumbangan kepada Kelab Kucing Jalanan Sarawak


Tarikh kemaskini: 16/06/2019





KUCHING, 16 Jun (Bernama) -- Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen hari ini menyerahkan sumbangan sejumlah RM5,000 kepada Kelab Kucing Jalanan Sarawak.

Beliau berkata sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan menjaga kesejahteraan kucing jalanan di bandar raya ini.

“Sebahagian daripada jumlah sumbangan ini juga digunakan untuk membiayai Kahlua (nama seekor kucing) untuk menyertai acara pertandingan kucing,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.

Kahlua merupakan seekor kucing baka Maine Coon yang mendapat gelaran Kucing Terbaik Malaysia dan berjaya meletakkan nama Sarawak di peta dunia bagi peminat kucing setelah berjaya memenangi beberapa gelaran di Kejohanan Divisyen Persatuan Antarabangsa 'The Cat Fanciers' (CFA) 2018/2019 pada 30 April lepas.

Pemiliknya, Cheryl Cheah, 34, yang berasal dari Pulau Pinang dan telah menetap di Kuching selama tujuh tahun berkata, beliau bangga dengan pencapaian tersebut kerana dapat mengharumkan nama Sarawak.

“Acara pertandingan antarabangsa kucing kini semakin popular di rantau ini dan menjadi tarikan pelancongan.

“Diharap pihak kerajaan negeri serta swasta dapat bekerjasama bagi menganjurkan acara-acara sedemikian, secara tidak langsung turut dapat membantu menaikkan sektor perusahan kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel