Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MFL nafi beri lampu hijau wujud satu liga amatur di Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 17/06/2019





KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menafikan dakwaan kononnya mereka telah meluluskan permohonan bagi penubuhan satu liga amatur di Pulau Pinang tanpa berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata pentadbir Liga Malaysia itu tidak pernah membelakangi FAP yang merupakan salah satu rakan kongsi mereka, terutamanya melibatkan isu berkenaan.

 “Bagi MFL, itu (bernaung di bawah FAP) adalah satu prosedur dan kemungkinan segelintir pihak menimbulkan kekeliruan bahawa ada liga (amatur) yang telah diluluskan oleh MFL di Pulau Pinang tetapi saya boleh mengatakan dengan jelas bahawa ia tidak benar.

“MFL tidak pernah meluluskan mana-mana liga (amatur) di sini tanpa berbincang dengan rakan kongsi kita, FAP,” jelas Kevin dalam satu kenyataan dikeluarkan MFL, hari ini.

Terdahulu, Kevin mengadakan perjumpaan dengan pengurusan FAP yang turut dihadiri Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Rashid Ismail dan Pengurus Besar Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Hairul Azlee Mansor di Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel