Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Msia sasar tiga pingat dalam pertandingan kemahiran dunia


Tarikh kemaskini: 17/06/2019





PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia meletakkan sasaran merangkul sekurang-kurangnya satu pingat emas dan dua pingat lain dalam Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) yang akan diadakan mulai 22 sehingga 27 Ogos depan di Kazan, Rusia. 

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan),Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Suimi Abd Majid berkata 20 peserta yang terdiri daripada pelajar institusi pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta akan mengambil bahagian dalam pertandingan berprestij itu.

"Selain tiga pingat yang disasarkan, kami menjangka ramai dalam kalangan peserta akan memperoleh 'medallions of excellence' dalam 20 bidang kemahiran yang dipertandingkan nanti.

"Kami sekarang dalam persediaan akhir menghantar peserta-peserta ini ke Kazan menjelang Ogos nanti," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis hi-tea yang dianjurkan sempena majlis perhimpunan World Skills Asia (WSA) di sini hari ini.

WSC dianjurkan setiap dua tahun oleh World Skills International (WSI) dan kali ini dijangka 1,600 belia dari 60 buah negara akan mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang antara lain melibatkan bidang kemahiran seperti masakan, teknologi fesyen dan kimpalan.

Mengenai perhimpunan WSA, Suimi berkata 11 negara mengambil bahagian dalam mesyuarat tiga hari yang bermula hari ini di sebuah hotel di Putrajaya, khusus bagi membincangkan persiapan WSA 2020.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel